bengkeng
Sunday, January 04, 2009
Keseorangan
suasana hening
aku tergamam
suasana bagaikan berbeza
kepalaku bingit
aku menjadi takut dan keliru
-di manakah aku-
rumahku kosong tak berpenghuni
taman permainan sepi...
langit suram tanpa matahari dan awam
jalan-jalan kelihatan lengang
aku cuba mencari burung-burung yang sering berkicauan
-di manakah aku-
aku cuba memanggil nama-nama yang aku kenali
tapi sayang, tak bersahut
aku semakin berdebar bersulam rasa takut
air mata yang kutahan akhirnya jatuh jua
ibu, ayah,kakak,abang adik-adik ku
di mana mereka.........
-dimanakah aku-
Ya Allah.........................
Wednesday, December 10, 2008
Pengorbanan
SEMOGA BELIAU TABAH DALAM MENGHADAPI HARI-HARI YANG MENDATANG
p.s: hehe tak jumpa pulak gambar die nih..
Wednesday, October 08, 2008
Maha Suci Allah

Shock at the first time, I never thought there are Jewish Cemetry in Penang (Malaysia).
A lot of questions come in my mind, who is this people, how did..., when did...,etc..
I wonder if their families still exist in here...
Please click here , here and here for some information related.
Wednesday, August 20, 2008
Abi wa Ummi
“Dan Rabb-mu telah memerintahkan supaya kamu jangan beribadah selain kepada-Nya, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu-bapamu. Jika salah seorang diantara keduanya atau kedua-duanyasampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan jangan kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Ya Rabbi, kasihanilah mereka kedua-duanya, sebagaimana mereka berdua telah menyantuni aku waktu kecil.”
(Al’Israk: 23-24)
Peranan dan jasa ibu dan bapa amatlah besar. Pengorbanan yang diberikan dalam mengajar dan mendidik kita cukup lah besar
Dari perkara-perkara kecil sehinggalah perkara yang besar, mereka akan cuba mengajar pada kita sedaya upaya yang mungkin. Hmmm tidak terkira jasa mereka. Semuanya dilakukan dengan harapan agar kita sentiasa mendapat bantuan dan kasih sayang secukupnya
Keceriaan kita adalah antara ubat-ubat mujarab untuk kedua ibu bapa kita. Hati sanubari ini amatlah berharap agar kita (anak-anak) dapat membalas budi ibu dan ayah kita. Walaupun ada ketikanya terbit kerisauan andaikata kita terlewat untuk membalas jasa mereka. Sayangilah ibu dan bapa kita selagi mereka ada di sisi kita...... dan doakanlah kebaikan untuk mereka.

Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahkanlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku
Dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
Peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku
Tuesday, August 05, 2008
Circumcision

Baru-baru ni, adik den berprogram di Kemboja dengan kawan-kawan die
Lebih kurang macam OPKIM la kot, sasaran pada masyarakat di Kemboja.
Cuma secara terperinci den tak tau bagaimana perlaksanaannya, so den tak leh la nak komen lebih-lebih kan.
Salah satu dari aktivitinya ialah menyunatkan bebudak lelaki (seperti dibawah)

Entah... kadang-kadang rase macam adik-adik den semakin hari semakin lebih hebat dari den.
Kalau dulu den rasa macam den lebih pandai, tapi la ni, mereka sudah semakin lebih pandai.
Kalau dulu den rase macam duit den lagi banyak, tapi den rase, den silap (T nak beli laptop baru pulak...)
Kalau dulu den rase den la paling banyak hafaz ayat-ayat Al-Quran, tapi den silap (idos dah hafal lebih 15 juzuk ayat Al-Quran)
Alhamdulillah...
Wednesday, July 30, 2008
Kampungsss
Lokasi : Kampung den laMasa: Sekitar 19:15
Aktiviti: Ayam sedang memilih dahan yang sesuai untuk dijadikan tempat tidor (perhatikan bulatan)
Tuesday, July 22, 2008
Nikah

Sebelum zaman kedatangan Islam... masyarakat Jahiliah mengamalkan beberapa kaedah berkenaan perkahwinan ini iaitu:
1. Si Lelaki akan merisik melalui orang tengah kepada si Perempuan tadi
2. Si Lelaki A ini akan memilih seorang wanita sebagai isteri, kemudian si Lelaki A akan menyuruh wanita ini pergi ke Lelaki lain,tinggal bersama sehinggalah mengandung. Kemudian wanita ini akan kembali kepada Lelaki A dan terpulanglah sama ada Lelaki A ini akan menerimanya kembali atau tidak
3. Seorang wanita akan bergaul dengan beberapa orang lelaki (tidak lebih dari 10 orang), sehingga mengandung. Apabila bersalin, wanita ini akan membuat pilihan siapa yang akan menjadi suaminya
4. Seorang wanita (pelacur barangkali) akan meletakkan tanda pada kediamannya (contohnya bendera). Sebilangan lelaki akan bersetubuh dengannya hinggalah mengandung dan bersalin. Kemudian dengan nasihat ahli nujum, wanita ini akan memilih siapa yang akan menjadi suaminya
p.s: Ustaz Joe tu namanya Ustaz Johari Wahab Al-Bakistani, dan gambar diatas adalah hiasan aje
