bengkeng
Monday, August 28, 2006
Antara MAWI, Ina dan Ceramah Palestin di Masjid Ar-Rahman ( Adakah aku terlalu JUMUD)
‘Gila!!!’ itulah yang mampu aku katakan pada malam ini (28 Ogos 2006).Masakan tidaknya apabila aku disambut dengan Rancangan MAWI-INA (di TV1) dan MAJLIS PERKAHWINAN (di TV3). Tak terkata dibuatnya. “Alahai, tak de rancangan TV lain ke….”, getus hati aku yang semakin menyampah dengan keadaan ini. Sayup-sayup kedengaran dari arah rumah jiran sebelah …punnn sama melihat rancangan yang pelik-pelik (Mawi-Ina-Siti (MIS)).
Nampaknya orang sekarang lebih suka membincangkan kehidupan artis-artis hiburan dari membincangkan perkara di sekeliling mereka ( palestin-IFC-lubnan dll ). Ha ha .. kalaulah aku ini berada di barisan pihak-pihak musuh Islam, sudah acapkali aku tergelak mengenangkan realiti keadaan masyarakat kini.
Kesempatan ini aku sempat membelek kitab hadis 40 karangan Imam An-Nawawi dan terjumpa sebuah hadis yang bernombor 12 yang bermaksud
Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya.
Hadis ini Hadis Hasan, diriwayatkan oleh al-Tarmizi dan lain-lain sedemikian.
Entahlah, walaupun aku ini bukan seorang muhaddith hadis, inikan pula seorang alim, tapi aku rasa ,budak kecik pun boleh faham kalau mereka mampu membaca mafhum hadis di atas.
… entahlah akupun tak pasti ape la pulak masalah dengan aku ini. Adakah aku terlalu sebak mengenangkan ucapan Imam Masjid Al-Aqsa di Masjid Ar-Rahman UM sebentar tadi ataupun kenapa ya....Walaupun aku tidak mendengar keseluruhan ucapannya (Imam tadi ) namun ada satu kalimah yang menyebabkan aku berasa hiba....”Wahai kaum muslimin, pejuang-pejuang kami akan berasa senang jika anda semua sentiasa mendoakan kami” Doa sahaja !! Aku mengaku, bahawa diri ini boleh dibilang berapa kali aku berdoa untuk pejuang Islam berbanding dengan doa-doa yang lain.
Aduh siapakah aku ini kalau dibandingkan dengan pejuang-pejuang KEBENARAN yang lain. Sekali lagi melihat keadaan malam ini ( dengan rancangan siaran langsung MIS ) menyebabkan aku teringat kembali sebuah pidato sewaktu aku masih lagi menuntut di sebuah matrikulasi, yang aku kira tajuk lebih kepada seputar ”Rancangan TV dan steroid masyarakat”. Seingat aku pidato itu lebih menekan kepada situasi masyarakat miskin di negara India yang gemar melihat filem-filem Hindustan kegemaran mereka yang penuh dengan keasyikan dan khayalan dan tidak berpijak dibumi yang nyata. Malah filem-filem ini bagaikan suntikan steroid fantasi ke dalam kehidupan yang penuh kesusahan.......
Namun... malam ni... di Malaysia bumi bercinta , di ambang sambutan hari kemerdekaan, adakah....... adakah masyarakat Malaysia pun memilih jalan yang sama , jalan yang penuh dengan fantasi dan mengasyikkan... huh sungguh tak tercapai akalku dengan situasi begini.... ahhh... aku kira kalau nak berfantasi pun biarlah ada hadnya. Tak perlulah nak bertepuk sorak dan sebagainya.
Manusia adalah mufti bagi dirinya sendiri (barangkali), dan dia dapat menutup pintu kerosakan dari dirinya. Apabila ia tidak dapat mengendalikan dirinya atau keluarganya, sahabatnya maka langkah yang lebih utama adalah jangan memasukkan media-media (hiburan-hiburan dan rancangan-rancangan berkaitan) tersebut ke dalam kepala otak mereka sebagai upaya pencegahan.
Hmmm... haha kadang-kadang teringat jugak sewaktu berlangsungnya kejohanan bolasepak Piala Dunia suatu ketika dahulu..... sanggup bangun di awal pagi tapi masih lagi tidak mampu mengerjakan solat Subuh secara berjemaah di Surau/Masjid berdekatan. Tak susah sifirnya.... kalau sanggup bangun di awal 3 pagi, maka takkanlah jam 5.45 pagi pun tak boleh bangun..................................
Kembali kepada fokus asal....hmmm nampaknya kerja-kerja pejuang KEBENARAN semakin bertambah ... ditambah lagi dengan trend hiburan yang semakin melampau ( ada ketikanya aku pun terasa bisanya ). Sempat jugak aku berlawak pada seorang sahabat sebelum ini..... ”Weiii, pekerjaan ape yang paling famous sekarang ni”sebelum sempat sahabat ini menjwab, terus aku sambung ”Jadi penyanyi la... pekerjaan paling famous sekarang...”
Tekak ku......
APAKAH ITU FARINGITIS (SAKIT TEKAK)
Sakit tekak yang akut (faringitis) ialah sejenis keradangan yang berlaku di tekak (rerongga yang terletak di belakang hidung dan tekak). Kebanyakan dari masalah ini disebabkan oleh kuman virus. Ia juga seringkali dikaitkan dengan:
-
Pendedahan kepada asap rokok dan pencemaran udara
-
Bernyawa melalui mulut semasa tidur kerana hidung tersumbat terutama di kalangan mereka yang sering mendapat alahan.
-
Penolakan naik asid perut ke tekak, lazimnya bagi mereka yang menghidapi masalah gastrousus.
Sakit tekak bakteria biasanya disebabkan oleh kuman bakteria yang dipanggil streptokokus. Ia diikuti oleh demam panas, sakit kepala, bengkak dan kelenjar di leher membesar. Walaupun begitu kadangkala seseorang doctor mendapati sukar untuk membuat diagnosis dengan betul semata-mata berasaskan gejala tersebut sahaja. Penyakit ini biasanya menyerang kanak-kanak yang berumur di antara 4 - 11 tahun dan kurang menjangkiti kanak kanak yang lebih tua dan orang dewasa.
Jika penyakit ini tidak dirawat ia boleh membawa kepada komplikasi yang lebih serius seperti abses (bengkak bernanah), keradangan ginjal atau penyakit jantung reumatik. Oleh itu, doctor anda akan mengambil contoh kultur bakteria di tekak untuk mengesahkan kuman dan seterusnya memberi anda ubat antibioktik yang sesuai dan tepat jika ia betul-betul yakin bahawa keadaan ini disebabkan oleh kuman bakteria streptokokus.
TANDA-TANDA DAN GEJALA
Penyakit faringitis mempunyai gejala yang beraneka. Anda mungkin mengalami bebrapa gejala berikut:
Sakit tekak yang berbeza-beza dari ringan kepada sederhana dan rasa sakit ini menjalar ke hingga ke telinga.
-
Keparauan
-
Tonsil atau anak tekak bengkak dan kelihatan merah
-
Gatal tekak
-
Demam
-
Terdapatnya selaput putih dan merah pada tonsil
-
Kelenjar leher membesar
-
Kahak yang pekat
-
Sakit-sakit badan
-
Sakit perut, loya dan muntah
-
Hidung berair ( mungkin disebabkan oleh jangkitan virus)
PROSEDUR PENJAGAAN SENDIRI
Prosedur atau tatacara berikut boleh membantu mengurangkan ketidakselesaan anda akibat sakit tekak:
-
Minum cecair lebih banyak, termasuk air yang sejuk, ais krim untuk melegakan tekak.
-
Berkumur-kumur setiap jam menggunakan larutan dari <>
-
Mengambil lebih banyak minuman panas seperti the dan sup
-
Jangan merokok kerana amalan ini akan memburukkan lagi sakit tekak anda.
-
Ambil ubat logenzes atau kumur untuk melegakan keaadan tekak anda. Jika tekak anda kering atau gerit ambil gula-gula yang keras dan masam untuk membantu merangsangkan pengaliran air liur.
-
Jika usaha ini juga tidak berrjaya, gunakan logenzes atau semburan yang mengandungi bius (anastesia) setempat setiap 4 - 6 jam sekali untuk menenangkan keadaan buat sementara waktu. Ubat lozenges ini tidak disyorkan untuk kanak-kanak.
-
Jangan menghampiri mereka yang anda ketahui mengidap sakit tekak.
-
Ambil ubat parasetamol setiap 4 - 6 jam sekali pada dos yang disyorkan untuk meredakan demam dan kesakitan. Ataupun anda juga boleh mengambil ubat aspirin. Aspirin ini mengandungi ramuan-ramuan yang tidak boleh diberikan kepada mereka yang berumur 18 tahun ke bawah melainkan atas nasihat doktor. Ini disebabkan perkaitannya dengan sindrom Reye, yang boleh membawa maut.
-
Elak dari megambil makanan yang pedas, panas dan berminyak
Sesetengah ubat antihistamin boleh membuat anda rasa mengantuk. Oleh itu jika anda mengambil ubat ini, jangan memandu atau mengendalikan mesin. Ia akan membahayakan diri anda. Walau bagaimanapun, anda perlu berbincang dengan doktor anda untuk mendapatlkan ubat antihistamin yang tidak mendatangkan kesan mengantuk. Jika anda tidak memandu atau mengendali mesin anda perlukan ubat antihistamin kerana dengan membuat anda mengantuk ia membantu anda cepat sembuh.
BERJUMPA DOKTOR JIKA....
-
Sakit tekak anda dikuti dengan demam panas (suhu meningkat melebihi 38oC) atau demam yang tidak mahu berhenti walaupun anda telah mengambil ubat parasetamol.
-
Kelenjar di leher bengkak atau membesar.
-
Tonsil atau belakang tekak anda kelihatan merah terang dan terdapat kesan nanah padanya.
-
Sakit tekak anda tidak mahu reda selepas 4 hari
-
Sukar bernafas dan terasa sakit bila menelan
-
Gejala-gejalanya semakin teruk
Untuk sakit tekak yang disebabkan oleh kuman bakteria, doktor selalunya memberi ubat antibiotik. Pastikan anda menghabiskan ubat tersebut seperti yang dinasihatkan (untuk selama 7 - 10 hari). Jangan terlupa mengambilnya, jika lupa, cepat-cepat mengambilnya balik. Jika anda diberi ubat-ubat lain bertanyalah doktor anda mengenai ubat-ubat itu untuk mengelakkan pertindihan dos dengan ubat yang telah anda beli dari kedai (seperti parasetamol yang anda ambil untuk meredakan demam).
BAHAYANYA SAKIT TEKAK
Adalah sangat penting untuk merawat jangkitan yang ada hingga ia benar-benar sembuh untuk mengalakkan dari kesan yang merbahaya seperti demam reumatik, radang sendi (artritis) dan penyakit buah pinggang atau ginjal. Kadanglkala sakit tekak terjadi sebagai gejala dari masalah-masalah lain seperti alahan, influenza, bronkitis, campak atau measle. Dalam keadaan tertentu, sakit tekak merupakan satu petanda kepada penyakit lain yang lebih serius seperti kanser, leukemia, difteria dan abses yang terjadi jauh ke dalam leher.
............................. tekak ku ini semakin sakit..............................Monday, August 21, 2006
Fibonacci..........
Diambil dari sini
In mathematics, the Fibonacci numbers, named after Leonardo of Pisa, known as Fibonacci, form a sequence defined recursively by:
In other words, after two starting values, each number is the sum of the two preceding numbers. The first Fibonacci numbers (sequence A000045 in OEIS) for n = 0, 1, … are
...........................................................................................
so ape kata kalau kita buat 'code' dalam aturcara kita supaya dapat 'output' seperti di atas. Akhirnya dengan menggunakan compiler c# (Visual Studio.NET) akhirnya berjaya jugak. Dan kodnya seperti dibawah
.............................................................................................
using System;namespace Fibonacci
{
class Class1
{
static void Main(string[] args)
{
int n0=1, n1=1,n2;
Console.WriteLine(n0 + " " + n1 + "");
for(int i=0;i<18;i++) {
n2=n1 + n0;
Console.WriteLine(n2 + "");
n0=n1; /* area ni aku amik mase sikit */
n1=n2; /* seperti di atas */
}
Console.WriteLine();
}
}
}
.........................................................................................................
10 Things Every Java Programmer Should Know About Ruby
Item #10
Learn Ruby Conventions.... ( hehe )
Item #9
Everything is an Object
Item #8
(Almost) Everything is a Message
Item #7
Ruby is Way More Dynamic Than You Expect
Item #6
Objects are Strongly Typed
Not Statically Typed
Item #5
Don’t Worry About Interfaces
Item #4
Mix it up with Mix-Ins
Item #3
Embrace Closures
Item #2
ri is Your Friend,
irb is Your Other Friend
Item #1
Stop Writing So Much Code! ( haha )
Item #Zero
Ruby Puts the Fun
Back In Programming
Ada apa dengan 'Siti' ....
................................................................................................
Kepada Sdra Pengantin,Tahniah di atas perkahwinan sdr yang bakal menjelang. Kami kawan-kawansemuanya mengucapkan tahniah dan selamat berbahagia, serta semoga jodohberpanjangan, dan insya Allah kami hadir di majlis saudara.
Bagaimanapun, setelah mengambil tahap kemeluatan rakyat Malaysia terhadaplaporan-laporan media berkaitan persiapan perkahwinan beberapa ‘celebrity’tempatan yang bakal berlangsung, sukacita kami mencadangkan kepada sdrdan bakal isteri agar tidak terjebak dalam perkara-perkara yang tidaksenonoh seperti berikut:
(1) Sekiranya sdr bercadang mengadakan majlis perkahwinan di pusat-pusat persidangan seperti Kuala Lumpur Convention Centre, diharap sdr dapat memberi pertimbangan kepada pengguna-pengguna jalanraya di sekeliling tempat majlis itu diadakan. Besar harapan kami sekiranya sdr tidak menyekat atau mengubah laluan trafik, terutamanya ketika sdr mengadakan raptai penuh majlis perkahwinan pada hari dan masa orang-orang tengah sibuk nak pergi atau balik dari kerja.
(2) Kami tidak mempunyai halangan sekiranya sdr dan isteri mengimpikan majlis perkahwinan ala “Cinderella”. Mana-mana pasangan pengantin juga berhak memilih tema-tema seperti “Beauty and The Beast”, “Snow White & The Seven Dwarfs”, “Happy Happy Puffy Amy Yumi”, “PowerPuff Girls”, “Courage The Cowardly Dog”, malah ala “Basic Instinct” atau “XXX”, err, maksud saya,”X-Men”, sekali pun. Kami hanya memohon jasa baik sdr agar tidak menghuraikan impian sdr dengan panjang lebar dalam surat khabar contohnya tentang gaun pengantin tujuh lapis (tak panas ke?), kek tujuh tingkat dengan bertangga, naik kereta kuda tujuh roda dan sebagainya. Sesungguhnya, dalam zaman di mana kita perlu memulihara alam sekitar, amat tidak wajar sekal banyak pokok terpaksa dikorbankan untuk diproses menjadi kertas suratkhabar, tetapi dicetak dengan cerita-cerita fantasi seperti itu.
(3) Adalah juga dicadangkan agar sdr dan pihak keluarga belah pengantin perempuan, utamanya ibu bapa mertua, membuat “message alignment” agartidak mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bercanggah berkaitanperkara-perkara seperti duit hantaran. Sesungguhnya kami tidak mempunyai apa-apa halangan tentang jumlah duit hantaran, sama ada RM88,888.88 atau RM22,222.22 atau RM00,000.00, dan juga tidak hirau sama sekali sekiranya duit hantaran itu dibayar dalam bentuk Ringgit Malaysia, rupiah Indonesia atau menggunakan kad kredit. Yang penting, sdr dan isteri selamat diijabkabulkan dengan memenuhi syariah.
(4) Sekiranya sdr dan isteri bertuah menerima tawaran mana-mana stesentelevisyen agar majlis sdr disiarkan secara langsung di tv kelak, besar harapan kami sekiranya sdr memaklumkan stesen televisyen tersebut agar tidak membatalkan rancangan-rancangan lain yang lebih penting dan bermakna seperti EPL, CSI, dan Formula 1.
Kami juga mengucapkan tahniah sekiranya demi memenuhi permintaan segelintir peminat sdr, sdr perlu melangsungkan majlis perkahwinan tambahan di Indonesia, Inner Mongolia, Swaziland, Bukina Faso atau Solomon Islands, tetapi kami amat amat amat berterima kasih sekiranya sdr memaklumkan kepada semua stesen televisyen di Malaysia agar tidak menyiarkan majlis perkahwinan sdr sepanjang masa, termasuk semasa tayangan Berita Perdana. Mujurlah Akademi Fantasia sudah selesai.
Kalau tidak, harus pusingan Final AF terpaksa ditangguh semata-mata nak menyiarkan majlis perkahwinan sdr. Bukankah itu akan menjejaskan pendapatan syarikat-syarikat telekomunikasi negara (Maxis, Celcom, Digi), seterusnya membawa kepada kemerosotan ekonomi?
Jasa baik sdr dan bakal isteri dalam memberi pertimbangan yang adil dan sewajarnya kepada rayuan rakyat marhaen seperti kami amat kami alu-alukan dan didahului dengan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih. Semoga pernikahan sdr dan bakal isteri direstui dan diberkahi Allahs.w.t.Aaaamin.
Selamat menjadi Pengantin Baru (tanpa menyusahkan orang lain)!
Salam hormat,Siti K.
Thursday, August 10, 2006
Seven Habits of Highly Effective Programmers
• Understand Your Requirements
Build Early
Deliver Often
• Keep It Real
Use Real Builds
Merge Often
• Understand Your Code
Cut-and-Paste
Keep it Clean
Questions? Comments?
Full Warning
• Optimal Programming
Do No Harm
Find the Bottleneck
• Manage Thyself
Plan Your Progress
• Continuous Education
Free Beer, Free Speech, Free Software
• R-E-S-P-E-C-T
