bengkeng

Monday, August 28, 2006

Antara MAWI, Ina dan Ceramah Palestin di Masjid Ar-Rahman ( Adakah aku terlalu JUMUD)

‘Gila!!!’ itulah yang mampu aku katakan pada malam ini (28 Ogos 2006).Masakan tidaknya apabila aku disambut dengan Rancangan MAWI-INA (di TV1) dan MAJLIS PERKAHWINAN (di TV3). Tak terkata dibuatnya. “Alahai, tak de rancangan TV lain ke….”, getus hati aku yang semakin menyampah dengan keadaan ini. Sayup-sayup kedengaran dari arah rumah jiran sebelah …punnn sama melihat rancangan yang pelik-pelik (Mawi-Ina-Siti (MIS)).


Nampaknya orang sekarang lebih suka membincangkan kehidupan artis-artis hiburan dari membincangkan perkara di sekeliling mereka ( palestin-IFC-lubnan dll ). Ha ha .. kalaulah aku ini berada di barisan pihak-pihak musuh Islam, sudah acapkali aku tergelak mengenangkan realiti keadaan masyarakat kini.


Kesempatan ini aku sempat membelek kitab hadis 40 karangan Imam An-Nawawi dan terjumpa sebuah hadis yang bernombor 12 yang bermaksud


Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:

Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya.

Hadis ini Hadis Hasan, diriwayatkan oleh al-Tarmizi dan lain-lain sedemikian.


Entahlah, walaupun aku ini bukan seorang muhaddith hadis, inikan pula seorang alim, tapi aku rasa ,budak kecik pun boleh faham kalau mereka mampu membaca mafhum hadis di atas.


… entahlah akupun tak pasti ape la pulak masalah dengan aku ini. Adakah aku terlalu sebak mengenangkan ucapan Imam Masjid Al-Aqsa di Masjid Ar-Rahman UM sebentar tadi ataupun kenapa ya....Walaupun aku tidak mendengar keseluruhan ucapannya (Imam tadi ) namun ada satu kalimah yang menyebabkan aku berasa hiba....”Wahai kaum muslimin, pejuang-pejuang kami akan berasa senang jika anda semua sentiasa mendoakan kami” Doa sahaja !! Aku mengaku, bahawa diri ini boleh dibilang berapa kali aku berdoa untuk pejuang Islam berbanding dengan doa-doa yang lain.


Aduh siapakah aku ini kalau dibandingkan dengan pejuang-pejuang KEBENARAN yang lain. Sekali lagi melihat keadaan malam ini ( dengan rancangan siaran langsung MIS ) menyebabkan aku teringat kembali sebuah pidato sewaktu aku masih lagi menuntut di sebuah matrikulasi, yang aku kira tajuk lebih kepada seputar ”Rancangan TV dan steroid masyarakat”. Seingat aku pidato itu lebih menekan kepada situasi masyarakat miskin di negara India yang gemar melihat filem-filem Hindustan kegemaran mereka yang penuh dengan keasyikan dan khayalan dan tidak berpijak dibumi yang nyata. Malah filem-filem ini bagaikan suntikan steroid fantasi ke dalam kehidupan yang penuh kesusahan.......


Namun... malam ni... di Malaysia bumi bercinta , di ambang sambutan hari kemerdekaan, adakah....... adakah masyarakat Malaysia pun memilih jalan yang sama , jalan yang penuh dengan fantasi dan mengasyikkan... huh sungguh tak tercapai akalku dengan situasi begini.... ahhh... aku kira kalau nak berfantasi pun biarlah ada hadnya. Tak perlulah nak bertepuk sorak dan sebagainya.


Manusia adalah mufti bagi dirinya sendiri (barangkali), dan dia dapat menutup pintu kerosakan dari dirinya. Apabila ia tidak dapat mengendalikan dirinya atau keluarganya, sahabatnya maka langkah yang lebih utama adalah jangan memasukkan media-media (hiburan-hiburan dan rancangan-rancangan berkaitan) tersebut ke dalam kepala otak mereka sebagai upaya pencegahan.


Hmmm... haha kadang-kadang teringat jugak sewaktu berlangsungnya kejohanan bolasepak Piala Dunia suatu ketika dahulu..... sanggup bangun di awal pagi tapi masih lagi tidak mampu mengerjakan solat Subuh secara berjemaah di Surau/Masjid berdekatan. Tak susah sifirnya.... kalau sanggup bangun di awal 3 pagi, maka takkanlah jam 5.45 pagi pun tak boleh bangun..................................


Kembali kepada fokus asal....hmmm nampaknya kerja-kerja pejuang KEBENARAN semakin bertambah ... ditambah lagi dengan trend hiburan yang semakin melampau ( ada ketikanya aku pun terasa bisanya ). Sempat jugak aku berlawak pada seorang sahabat sebelum ini..... ”Weiii, pekerjaan ape yang paling famous sekarang ni”sebelum sempat sahabat ini menjwab, terus aku sambung ”Jadi penyanyi la... pekerjaan paling famous sekarang...”

Esok sahaja.................

posted by bengkeng at 6:56 PM

1 Comments:

en ali, sy link kan dekat ym bleh entry nih..nak sruh org get up..termasuk la diri sendiri ..hoho

7:43 PM  

Post a Comment

<< Home