bengkeng

Friday, October 06, 2006

Iftar .....

Telah pergi kehausan dan telah membasahi urat-urat


dan pasti ganjaran dengan kehendak Allah

Assalamualaikum.... salam sejahtera..... dalam berbuka puasa kita biasa mendengar bacaan yang berbunyi sedemikian "Allahumma laka Sumtu.......wabika amantu......"...hingga ke akhirnya. I've been told by some of my friends that this 'doa' were came from Hadis yang lemah...well saya tak pasti, sebab saya bukan 'ahlinya' untuk berbicara dalam perkara ini

tetapi...pada saya maknanya tidak menyalahi syariat, asalkan kita tidak mengaitkan hadith ini secara sahih datang dari Nabi s.a.w Lagipun, kita boleh berdo'a dengan bahasa apa sahaja yang kita pilih, menepati syarat dan tidak menyalahi syariat.

Sudah tentulah do'a yang terbaik datang dari hamba Allah yang terbaik, iaitu Nabi Muhammad s.a.w Berikut adalah do'a baginda semasa berbuka puasa yang saya 'attach'kan di atas

maksudnya : "Telah pergi kehausan dan telah membasahi urat-urat, dan pasti ganjaran dengan kehendak Allah" (hadis sahih riwayat Abu Daud)."
posted by bengkeng at 1:17 AM 3 comments

Ramadhan bulan Ibadah ( atau bulan Juadah ?)

...... "Para peniaga tidak kurang hebatnya, menjual makanan juadah berbuka puasa seawal jam 2.00 petang, secara tidak langsung memudahkan para pembeli yang tidak berpuasa mencari 'habuan' mereka, manakala ada segelintirnya juga culas menunaikan ibadat berpuasa dalam kekalutan mencari rezeki.".......

......."Harga barangan yang mendadak dan menindas, menjadi mainan peniaga mengeksploitasikan kelemahan pembeli yang tidak dapat tidak terpaksa membeli demi permintaan 'selera' berbuka puasa yang terlalu tinggi dan memenuhi kehendak serta keperluan yang perlu disediakan menjelang perayaan."..........

............."Pengusaha hotel juga, tidak melepaskan peluang menawarkan pelbagai juadah berbuka dengan bayaran yang cukup mahal yang menggalakkan budaya pembaziran di kalangan umat Islam.

Dengan nama 'Muzik Tradisional Ramadan', alunan lagu mengiringi majlis berbuka puasa dan sewaktu manusia berbondong-bondong memenuhi masjid dan surau bagi menunaikan solat tarawih, hotel-hotel ini baru sahaja memulakan atur caranya demi 'mengimarahkan' bulan puasa ini dengan konsert mini yang membariskan artis-artis yang mempersembahkan nyanyian mereka."...........

............"Lebih melucukan, dengan tema 'Meriahkan Sambutan Hari Raya ini Melalui Pinjaman Tunai dengan Xpress Cash', sebuah bank terkemuka memulakan kempen menggalakkan umat Islam berhutang demi memenuhi tuntuntan nafsu belanja sempena menjelang perayaan.".....

baca lagi di sini

p.s: hmmm..... well



posted by bengkeng at 1:08 AM 2 comments