bengkeng

Friday, October 06, 2006

Ramadhan bulan Ibadah ( atau bulan Juadah ?)

...... "Para peniaga tidak kurang hebatnya, menjual makanan juadah berbuka puasa seawal jam 2.00 petang, secara tidak langsung memudahkan para pembeli yang tidak berpuasa mencari 'habuan' mereka, manakala ada segelintirnya juga culas menunaikan ibadat berpuasa dalam kekalutan mencari rezeki.".......

......."Harga barangan yang mendadak dan menindas, menjadi mainan peniaga mengeksploitasikan kelemahan pembeli yang tidak dapat tidak terpaksa membeli demi permintaan 'selera' berbuka puasa yang terlalu tinggi dan memenuhi kehendak serta keperluan yang perlu disediakan menjelang perayaan."..........

............."Pengusaha hotel juga, tidak melepaskan peluang menawarkan pelbagai juadah berbuka dengan bayaran yang cukup mahal yang menggalakkan budaya pembaziran di kalangan umat Islam.

Dengan nama 'Muzik Tradisional Ramadan', alunan lagu mengiringi majlis berbuka puasa dan sewaktu manusia berbondong-bondong memenuhi masjid dan surau bagi menunaikan solat tarawih, hotel-hotel ini baru sahaja memulakan atur caranya demi 'mengimarahkan' bulan puasa ini dengan konsert mini yang membariskan artis-artis yang mempersembahkan nyanyian mereka."...........

............"Lebih melucukan, dengan tema 'Meriahkan Sambutan Hari Raya ini Melalui Pinjaman Tunai dengan Xpress Cash', sebuah bank terkemuka memulakan kempen menggalakkan umat Islam berhutang demi memenuhi tuntuntan nafsu belanja sempena menjelang perayaan.".....

baca lagi di sini

p.s: hmmm..... well



posted by bengkeng at 1:08 AM

2 Comments:

en ali patut tambah lagi..dh la mahal x sedap pulak tuh..lauk2 memang x de rasa apa..kuih tu tawar giler..dgn alasan x dapat nak rasa manis masa masak sbb puasa,tp hakikatnya diorg nk jimat gula..wohoo

erm..yg psl hotel tuh..erm..no komen ar..hehehe..skali skala x per..hohoho

8:12 AM  

i thank you for the info. i have forwarded the linck to a friend who understands arabic. you r right in that the hizbullah and palestine and syiah are different issues. thx, eid mubarak

8:41 PM  

Post a Comment

<< Home